Bersama memperkasakan ummah

About

Sejarah Sekolah

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB

SEJARAH AWAL

Sekolah ini dimulakan pada tahun 1976 yang ketika itu menumpang di Sekolah Menengah Kerajaan Bandar Kuching No. 2 di Bintawa. Pada peringkat ini, hanya aliran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diwujudkan. Pada Januari 3, 1977, sekolah ini telah dipindakan ke tapaknya yang tersendiri di Batu 14 Jalan Matang, Kuching. Pada waktu tersebut, nama sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Matang. Setahun kemudian, iaitu pada tarikh 29 Mei 1978, nama sekolah telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kerajaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.

BERMULANYA ALIRAN AGAMA

Proses untuk memulakan pengajian aliran agama bermula sebelum nama sekolah ini ditukar daripada SMK Matang kepada SMK Sheikh Haji Othman. Pada waktu itu, iaitu pada tahun 1977, selepas mendiami tapak kekalnya, dua buah kelas aliran agama tingkatan satu telah dibuka secara rasmi oleh Yang berhormat Tuan Haji Salleh Jafarudin, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu. Pembukaan kelas aliran agama telah membolehkan sekolah ini mewujudkan tiga aliran iaitu aliran Bahasa Melayu, aliran Bahasa Inggeris dan aliran agama.

 

Bersesuaian dengan penubuhan kelas agama tersebut, nama sekolah telah ditukar kepada SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Pembukaan rasmi tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran ketika itu. Perubahan nama tersebut membawa pengertian yang besar, Menteri Pelajaran ketika itu. Perubahan nama tersebut membawa pengertian yang besar kerana buat pertama kalinya negeri Sarawak mendapat sebuah sekolah aliran agama. Kewujudan sekolah ini, pada waktu tersebut, memberi kesempatan penduduk seluruh Sarawak menghantar anak-anak mereka mendalami pengajian agama Islam. Pembukaan tersebut membuka lembaran baru kerana S.M.K.(A) Sheikh Haji Othman Abdul Wahab akan memberi laluan kepada penubuhan lebih banyak sekolah agama di Sarawak dan sekaligus meningkatkan proses penyebaran agama Islam di Sarawak.

 

Nama Sheikh Haji Othman dipilih sebagai penghormatan kerana beliau menjadi ulama Sarawak yang berketrampilan. Beliau bukan sahaja mendapat pendidikan asas di Masjidil Haram, Makkah, seterusnya menjadi tenaga pengajar di masjid tersebut; penghargaan yang bukan kecil bagi seorang melayu dari rantau Asia Tenggara. Peranan beliau juga adalah begitu besar dalam tranformasi sosial di alam melayu apabila mampu melahirkan ramai tokoh ulama terkenal seperti Dr. Abdul Karim Amrullah (Buya HAMKA) dan Abdullah Fahim (Datuk kepada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi).

 

PERKEMBANGAN RINGKAS

Pertambahan kelas aliran agama semakin nyata pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 1979, enam buah kelas tingkatan satu diadakan. Pelajar-pelajar aliran agama ini telah menduduki peperiksaan SRP pada tahun 1979 dan SPM pada tahun 1981. pada tahun 1987 kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah mengikuti pelajaran mereka ke peringkat universiti dan telah menampakkan hasilnya pada tahun 1987.
Pada peringkat awalnya, kemudahan asas di sekolah ini amat berkurangan. Kemudahan asa seperti air dan eletrik tidak dibekalkan dan sekolah hanya mempunyai sebuah bangunan asrama lelaki dan sebuah lagi untuk perempuan. Semua pelajar ketika itu diberi biasiswa tempatan dan buku teks secara percuma, malah bayaran untuk makanan dan yuran sekolah juga tidak dikenakan.

 

 

http://www.smkashoaw.bpi.edu.my/

http://wikimapia.org/#lat=1.5999121&lon=110.2238131&z=17&l=0&m=b&v=1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: