Bersama memperkasakan ummah

Teladani cara Rasulullah S.A.W. bergurau

Gurauan merupakan fitrah kejadian insan. Menafikan gurauan akan menjadikan manusia tidak normal kerana bertentangan dengan fitrah semulajadi. Secara umumnya maksud bergurau adalah perbuatan, perkataan dan sebagainya yang dapat mencuit dan menggelikan hati orang lain.

Pernah suatu ketika, Sufyan bin Uyainah ditanya apakah bergurau itu termasuk perbuatan tercela? Beliau menjawab tidak,“Bahkan, termasuk sunnah bagi yang dapat melakukannya sesuai dengan tuntutannya.”

Rasulullah S.A.W. juga ada menyebutkan …..

bahawa melakukan perbuatan yang menyenangkan orang lain boleh dikategorikan sebagai kebajikan. “Senyummu untuk saudaramu adalah kebajikan (sedekah).” (Riwayat Imam Ahmad).

Pernah suatu ketika para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah bergurau dengan kami. Rasulullah S.A.W. menjawab, “Sesungguhnya tidaklah aku berbicara, kecuali yang benar.” (Hadith Riwayat Tirmidzi).

Namun begitu, perlu disedari bahawa penanda aras atau kayuukur dalam melakukan gurauan, lawak dan kelakar perlu bersikap benar bukan berbohong.

Tahukah kita bahawa Rasulullah S.A.W. juga berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat baginda? Berikut dibawa untaian kisah gurauan Rasulullah S.A.W. supaya menjadi teladan bersama dalam kehidupan.

Kisah pertama : Anas bin Malik r.a. mengkhabarkan, “Sesungguhnya ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah S.A.W. agar ia dibawa naik kenderaan. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Baik, aku akan membawamu di atas anak unta betina”. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, apa yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina itu?” Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bukankah yang melahirkan unta itu unta betina?”

Kisah kedua : Suatu ketika Rasulullah S.A.W. didatangi oleh seorang nenek tua yang bertanya, “Apakah kelak saya boleh masuk syurga?” Nabi pun menjawab, “Tidak akan ada orang tua di dalam syurga.”

Mendengar jawapan itu, spontan nenek tersebut menangis. Lalu Rasulullah berkata kepadanya : “Bahawa kelak tidak ada orang tua di dalam syurga kerana semua ahli syurga akan kembali muda“.

Kisah ketiga : Telah datang seorang wanita, dia memberitahu Rasulullah S.A.W.: “Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu”. “Semoga suamimu yang dalam matanya putih”, kata Rasulullah S.A.W. Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, “Kenapa kamu ini?”. “Rasulullah S.A.W. memberitahu bahawa dalam matamu putih”, kata isterinya menerangkan. “Bukankah semua mata ada warna putih?” kata suaminya.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: