Bersama memperkasakan ummah

KES 1

KUALA LUMPUR: Bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi pemuas nafsu mereka.

Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri.Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 21, ketika ditemui berkata, dia berkenalan dengan seorang jejaka berumur 20 tahun bernama Muaz melalui sebuah laman sosial popular di Internet.

“Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,” katanya yang juga PENUNTUT PENGAJIAN SYARIAH di sebuah kolej swasta di ibu negara.

Selepas hampir dua bulan berkenalan, kekasihnya mula menunjukkan belang apabila kerap memujuk gadis berasal dari Sabah itu untuk melakukan hubungan seks.

“Saya tak menyangka dia akan meminta melakukan perkara terkutuk itu kerana dia berasal daripada keluarga yang warak.

“Walaupun beberapa kali menolak permintaannya, godaan syaitan lebih dahsyat hingga saya layu di pangkuannya,” katanya yang kini hamil dua bulan hasil hubungan terlarang itu.

Selepas disahkan mengandung, lLELAKI itu mula BERSIKAP LEPAS TANGAN apabila ENGGAN BERTANGGUNGJAWAB

Bimbangkan perkara lebih buruk terhadapnya, Azie menceritakan perbuatan mereka kepada keluarga lelaki terbabit, tetapi kecewa kerana mereka enggan mendedahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Mereka hanya membantu mendapatkan rumah perlindungan sementara menantikan kelahiran bayi saya, manakala lelaki itu bebas meneruskan kehidupan sehariannya,” katanya.

Dia pula terpaksa menangguhkan pengajiannya bagi mengelak kehamilan luar nikahnya diketahui pihak kolej.

“Jika perbuatan saya terbongkar, saya akan dibuang kolej dan pasti akan mengecewakan keluarga di Sabah,” katanya.

******************************

KES 2

Seorang lagi mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui LAMAN SOSIAL FACEBOOK  bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya.

Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya.“Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai.

“Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya,” kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan santun dan pandai menjaga hatinya.

“Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka,” katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota.

Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta. “Boy menyuruh saya menggugurkan kandungan dengan alasan belum bersedia menjadi bapa, tetapi saya enggan menyebabkan dia meninggalkan saya tanpa khabar berita,” katanya yang enggan membuat laporan polis dengan alasan masih terkejut dengan nasib dirinya.

***********************

KES KE3

Turut berkongsi masalah sama, Wani, 25, pelajar kolej swasta di Pahang.

Perkenalan dengan Zul, jejaka dari Melaka menjadikannya hilang pedoman SEHINGGA TERLANJUR, tetapi lelaki itu enggan bertanggungjawab.

“Kami berjumpa selepas tiga minggu berkenalan melalui laman sosial Friendster.

“Zul sanggup datang dari Melaka ke Pahang semata-mata untuk bertemu saya ketika kami bermadu kasih,” katanya yang terpaksa menangguh pengajian dalam bidang perakaunan kerana kini hamil dua bulan.“Mungkin disebabkan tak pernah bercinta sebelum ini menjadikan saya hanyut dibuai janji manis lelaki durjana itu,” katanya yang berharap gadis lain tidak terjebak jerat cinta Internet.

******************************

KES KE 4

KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang kaji pelajaran.Tapi, hobi itu akhirnya menjadi racun apabila terjebak dengan lelaki miang yang rupa-rupanya mempunyai niat serong di sebalik perkenalan di alam maya.Menceritakan kisah silamnya, Syafika berkata, pada mulanya dia menggunakan laman sosial hanya untuk mencari kenalan.

Namun, katanya selepas mempunyai ramai kenalan lelaki, ada antara mereka mengajak dia keluar malah tidak kurang juga sanggup membayar untuk ‘tidur’ bersamanya.Pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima pelawaan berkenaan, bagaimanapun, selepas dipujuk dan ditawarkan bayaran lumayan, akhirnya dia tewas dan terjebak dalam kancah kehidupan sosial terbabit.“Sebelum ini, saya hanya melakukan hubungan seks dengan teman lelaki. Selepas kami berpisah, saya tidak berjumpa mana-mana lelaki dan akhirnya tidak dapat menahan nafsu sendiri.“Sebab itu, saya menerima pelawaan seorang lelaki untuk menemaninya.

Dia memberikan saya sejumlah wang tetapi dengan syarat saya perlu mengadakan hubungan seks dengannya.“Kerana nafsu dan wang tunai yang ditawarkan, akhirnya saya merelakan diri dinodai. Sejak itu, saya aktif melakukan kegiatan ini meskipun masih belajar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.Bagi mendapatkan kemewahan dengan cara mudah selain melampiaskan nafsunya, Syafika mula menjerat kaum lelaki hidung belang.

“Sejak berjinak-jinak dengan kegiatan berkenaan, saya mula berasa kemewahan. Dengan merahsiakan segala kegiatan ini daripada pengetahuan keluarga, saya semakin aktif melayan lelaki yang dahagakan seks menerusi laman sosial.“Kini, saya mengenakan bayaran RM80 kepada sesiapa yang menghubungi saya di laman sosial terbabit.

Setidak-tidaknya, saya dapat mengumpul wang tambahan sebanyak RM500 sebulan,” katanya.Bagi mengelak identitinya diketahui, Syafika bertindak memadamkan akaun laman sosialnya selepas mendapat mangsa yang dikehendaki kemudian membukanya semula atas nama berbeza.“Saya meletakkan gambar sebenar dalam keadaan yang mengghairahkan. Selepas ada lelaki yang cuba berkenalan, saya memberitahu perkara sebenar dan kebanyakannya setuju untuk membayar.

“Kemudian, mereka memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank saya dan menjemput saya di tempat yang dijanjikan. Selepas itu, terpulang kepada mereka untuk membawa saya ke mana saja.“Selepas selesai, saya akan memadam akaun laman sosial dan buka yang baru. Setidak-tidaknya, tidak ada yang dapat mencari saya kembali,” katanya. Menurut Syafika, setakat ini aktiviti nakalnya masih belum diketahui ibu bapanya kerana dia bijak menyembunyikan kegiatan berkenaan.“Kadang-kadang, saya ‘online’ di rumah saja. Ibu dan ayah tidak menghalang saya menggunakan Internet lebih-lebih lagi atas alasan menyiapkan tugasan universiti.“Lagipun, mereka tidak mengesyaki apa-apa memandangkan penggunaan laman sosial kini menjadi kepentingan ramai termasuk pelajar seperti saya.

Begitupun, saya bukanlah pelacur tetapi lebih kepada golongan bohsia yang sukakan aktiviti sosial,” katanya.Selain Syafika, Dira, 20, turut menggunakan laman sosial untuk mencari ‘teman’ bagi mendapatkan pendapatan sampingan.Menurutnya, pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam membuatkan dia lebih aktif mencari teman selain mengumpul wang sampingan.“Kebiasaannya, jika saya menerima pelanggan di dalam kelab malam, ‘mummy’ akan mengambil sedikit keuntungan daripada apa yang saya dapat. Sebab itu saya mencari kenalan baru atau pelanggan menerusi Internet.

Setidak-tidaknya, saya memperoleh keuntungan bersih.“Lagipun, kerja ini tidak susah. Jika ada yang memasukkan wang ke dalam bank, saya akan mengambil cuti daripada bekerja dan mengikut lelaki itu. Jika bekerja sekalipun, belum tentu saya mendapat pelanggan,” katanya.Menurutnya, penggunaan laman sosial memudahkannya melakukan pekerjaan itu. Katanya, meskipun sekadar suka-suka atau demi mencari kemewahan, tiada sesiapa dapat mengesyaki apa yang dilakukannya.“Mudah dan senang. Lagipun, saya tidak perlu bekerja keras kerana kebanyakan lelaki yang kemaruk seks suka menjadikan laman sosial sebagai tempat mencari pasangan.“Lagipun, cara begini lebih praktikal daripada ‘menjaja badan’ di tepi jalan. Silap-silap nanti, terserempak dengan kaum keluarga ataupun ditahan pihak berkuasa,” katanya.

PESANAN DARI ADMIN:

ADA PEPATAH YANG MENGATAKAN HABIS MADU SEPAH DIBUANG…BEGITULAH YG SELALU TERJADI KEPADA GADIS2 YANG DITIPU OLEH LELAKI HIDUNG BELANG YANG KONONNYA MEMBERI CINTA SEJATI TETAPI YANG ANDA DAPAT HANYALAH CINTA BERLANDASKAN NAFSU…

AWAL2 LAGI ISLAM MENYERU DAN MEMBERITAHU BAHAWA BER”COUPLE ITU HARAM JALAN MENGHAMPIRI ZINA” TTPI MASIH ADA SEGELINTIR YG TIDAK MENGINDAHKAN LARANGAN TERSEBUT…TETAPI SIPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN KALAU BUKAN DIRI ANDA SENDIRI YG MANA SENDIRI MENCAMPAKKAN DIRI KETEMPAT YG HINA…JADIKANLAH KES  INI SEBAGAI IKTIBAR KEPADA ANDA…OLEH ITU SENTIASALAH AWASI PERGERAKAN KELUARGA DIRIMAH…

IBUBAPA HARUSLAM MEMANTAU PERGERAKAN ANAK2

ABG DAN KAKAK HARUSLAH PANTAU PERGERAKAN ADIK2 ANDA

BEGITU JUGA ADIK2 HARUSLAH PANTAU PERGERAKAN ABG DAN KAKAK

DGN SIAPA DIE BERSOSIAL DI ALAM MAYA INI…

SUPAYA AHLI KELUARGA YG KITA SAYANGI TIDAK TERJEBAK DALAM PERKARA SEBEGINI..

brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)

http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)

Tajuk Asal : Terkilai Cinta Internet

Sumber: HMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: